Posted on: 31/07/2013 @ 1:18 pm
Sejuta Perasaan
Hari berlalu dengan pantas
Sehingga aku sendiri tidak sedar
akan ia
Aku melihat sekeliling
dengan harapan semuanya beransur pulih
Termasuklah hati yang rapuh ini
Tapi tak disangka
Ia masih lagi berdarah
Perjalanan masih jauh
Hanya perlu berjalan tanpa melihat
kebelakang
Kuatkan langkah
walaupun hati penuh dengan kesakitan
Mungkin ada hikmah sebaliknya
Itu harapanku
Orang disekiling sedang melihat
malah ada yang menegur
Dengan niat yang suci
aku dapat menerimanya
Ya, diri aku dapat menerimanya
Tapi hati ku tidak
Ia bagaikan parut yang masih belum kering
menanti masa untuk berdarah kembali
Ya, ternyata betul jangkaan ku
Ia berdarah kembali
Malah ia lebih teruk berbanding dulu
Lebih parah
Mungkin niatku untuk memulakan
hidup baru
Sepatutnya aku teruskan
Dengan harapan
Aku dapat lari daripada kehidupan
yang hampa malah tidak bermaya ini
Malangnya aku terpaksa teruskan
jua
Walaupun tanpa kerelaan hati
Niat ku telah terkubur
....