
Hampir dua minggu kita berpaling muka. Hanya kerana sikap angkuh antara kita, kedua-duanya masih lagi tidak mahu bertegur sapa. Ya, aku mengaku aku masih lagi menyimpan sikap dingin terhadap kau. Tapi tiada berbaur dendam di dalamnya. Hanya kerana sikap dingin yang tinggi, aku masih lagi tidak mahu menegur kau. Ianya kerana diri aku merasakan bahawa bukan aku yang patut menyapa kau dahulu. Sepatutnya kau, kerana perkara ini ditimbulkan oleh kau sendiri bukan aku. Kemungkinan bagi aku ini perbalahan kita yang lama setakat ini. Sebelum ini perbalahan kita hanya sementara, dan sebelum ini juga seperti biasa kau yang akan mengakhirinya dengan menyapa aku dahulu untuk meminta maaf. Tapi kini tidak, riak dimuka kau menunjukkan seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku di antara kita. Tipulah sekiranya aku katakan bahawa aku kuat tanpa kau disisi, walaupun ada sedikit goyah dalam diri aku tetapi sekurang-sekurangnya aku masih lagi mampu berdiri tegak berpura-pura seperti aku tabah tanpa kau. Hakikatnya, sebaliknya. Rindu? Mungkin ada, tapi tidak setinggi dulu. Dahulu yang pada mulanya kita rapat seperti kawan, bergaduh seperti musuh kecil. Disebabkan sikap angkuh kita yang kuat, sehingga kini tiada siapa lagi yang mahu mengalah. Seperti yang aku katakan, perkara ini ditimbulkan oleh kau sendiri jadi tidak mungkin aku akan menyapa kau dahulu untuk meminta maaf...