Posted on: 07/11/2013 @ 1:31 am
Ada Mimpi
Aku letakkan kau tinggi di atas,
Supaya kau tidak mudah jatuh ke bawah.
Tapi dalam pada masa yang sama,
Aku sendiri tidak mampu menggapai kau
Hanya sekadar cukup memerhatikan kau dari jauh.
Tanpa sebarang niat lain,
Cuma ingin melihat kau kembali tersenyum seperti dulu.
Mana mungkin
Aku bisa ketawa gembira disaat kau menangis kesedihan
Dan mana mungkin
Aku bisa berdiri sedangkan kau jatuh terduduk.
Aku senang melihat kau bahagia,
Kerana kebahagiaan kau merupakan kegembiraan aku.
Tenanglah,
Kehadiran aku hanyalah untuk sementara.
Tidak begitu lama,
Mungkin aku akan hilang apabila kau mula berpaling.
Usahlah kau timbulkan secalit pun rasa khuatir,
Anggaplah aku seperti mainan tidur kau.
Kerana keanggapan kau itu,
Merupakan tempat keberadaan aku.