Fatini Jazilah
Follow Home

Posted on: 28/11/2013 @ 10:03 pm
Lelahan



Siapa kau dan apa kau menjadi tanda tanya
dalam diri aku.
Kerana aku tidak mampu membaca
isi hati kau, hanya sekadar dapat melihat kau
dari sudut mata kasar aku shj.
Kenapa kau hadir dalam hidup aku?
Dan kenapa aku perlu mempunyai perasaan suka
terhadap kau pada mulanya?
Tetapi kenapa pula aku perlu tipu akan diri
aku sendiri?
Aku cuba,
aku cuba menepis semuanya.
Ya, ternyata itu hanya cuma seketika.
Lama-kelamaan perasaan itu beransur pulih.
Apabila aku mula sedar bahawa kau tidak mampu
menjadi sebahagian dalam diri aku...
Minda,
kau lupakanlah.
Jiwa,
kau hilangkanlah.
Dan hati,
kau luputkanlah perasaan itu...