Fatini Jazilah
Follow Home

Posted on: 06/12/2013 @ 8:54 am
Hampa



kau berhak berkata apa pun
tapi tidak tentang kehidupan aku..

ia bukan benda yang boleh di genggam
dan di lepaskan sesuka hati..

dan ia bukanlah tiang yang boleh di tanjak kan
untuk menjadi perhatian ramai..

bila aku kesedihan
kau tidak mampu redakannya..

sebaknya
aku sahaja yang dapat rasakannya

aku tahu..
kerana itu kehidupan aku..

mungkin engkau boleh menangis
ketika aku menangis..

mungkin engkau boleh menepuk belakang ku
untuk meredakan aku..

mungkin engkau boleh mengangguk tanda faham..
tapi sebenarnya kau tidak betul-betul faham

yang aku..
tidak perlukan belas kasihan kau

kau tahu apa
yang aku alami sebelum ini?

kau tahu apa
yang aku berhadapan sebelum ini?

kau memang tidak akan pernah tahu
kerana..

ketika itu,
kau hilang disaat aku mencari engkau..







Labels: