Hei, salam kenal!
Masih ingat aku?
Aku yang dulu tinggalkan kau.
Jangan tanya aku kenapa,
aku sendiri tiada jawapannya.
Maafkan aku jika buat kau terluka,
ia berlaku dengan tidak sengaja.
Sesalan aku tiada,
kerana aku telah melupai semuanya.
Segalanya, tentang aku kau
dan disekeliling kita.
Hei, salam kenal!
Tolong lupakan aku,
seperti aku melupakan kau semudah itu.
Usah diungkit kisah lama,
aku sudah muak dengan semuanya.
Aku tidak mahu berpatah kembali,
kerana hatiku telah lali.
Sila hadapinya,
kerana aku sudah akhirinya.
Hei, salam kenal!
Masih ingat itu?
Itu yang aku tegur kau pada mulanya dulu...