Fatini Jazilah
Follow Home

Posted on: 23/05/2014 @ 5:08 am
Pura-pura


ia bermula soal hati
yang dipelihara agar tidak pudar
hakikatnya
warnanya telah bertukar keruh
timbul masalah
yang tidak tahu akar tunjangnya
dipikul bersama
kononnya mereka mampu
mampu berdiri
berhadapan dengan khalayak
berselindunglah kau jika dicemuh
disebalik tembok diri
pedulikan mereka
 jika mereka kata mereka peduli
kerana mereka tidak hargai
kehadiran kau disini
setiap masa dihitung
nak tahu bilangan kau merindu
jangkanya tepat
menjadi persoalan kenapa begitu
terbenamnya perasaan kedalam
timbul pula luka hati
tertanya-tanya
sayang siapa yang mendalam
dan sayang siapa yang membenci
terlalu yakin sesama sendiri
hingga terlepas pandang
tentang harga diri
yang sepatutnya kau bela
seperti pemaisuri
ia berakhir dengan janji
digenggam erat atas paksaan
takut mereka mungkir
takut mereka beralih hati
segalanya telah disusun siap dan rapi
tanpa sebarang tetasan tertinggal
untuk pastikan
ia tidak mudah terurai lagi
tapi sekarang beralih
masing masing dengan hal diri
fikir masalah hati
mengadu pedihnya dilukai
peduli orang kata
mereka semua dengki
mereka ada masalah hati
terlalu taksub dengan duniawi
apa lagi perlu dilakukan
untuk perbaiki kelemahan diri
simpan sedikit ego tinggi
takut merana nanti tiada siapa peduli
cukup masa aku datang
cukup masa kau pergi
memahami erti persefahaman
yang sepatutnya dari awal lagi
...